✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas makan tengah hari, our tour guide beritahu, kami akan check in hotel. lalu bersoraklah 1 bas penuh kegembiraan😂
yalah... dari malam sebelumnya kami belum rehat betul betul. jadi bila dapat check in hotel... rasa lega sangat.
boleh mandi, tidur sekejap, solat... sebelum kami teruskan dengan aktiviti lain.
BTW hotel ni sangat selesa. secara peribadi, anies suka dengan hotel bertaraf 3 bintang ni. cuma 1 je masalah. lokasi hotel ni agak 'ceruk' jugalah. maksud anies, ia terletak di kawasan yang agak jauh dari bandar Hatyai. senang cakap, celah-celah kampung.
sepanjang naik bas, anies perhatikan laluan (lorong) ke hotel ni agak sempit dan kelilingnya adalah rumah-rumah penduduk.
tapi kalau korang sukakan hotel yang jauh dari hiruk-pikuk bandar, nanti ke Hatyai... bolehlah consider untuk menginap kat sini.
ni laa hotelnya... ada 7 tingkat. rasanya, ni satu-satunya binaan tertinggi kat area sini...
hotel ni juga ada sediakan family room tapi bangunannya berasingan. cuma bersebelahan je... masa anies datang sini, banyak kereta (family) dari Malaysia menginap kat sini. dari segi harga... maaflah, anies tak dapat info tentang tu.
main entrance... masa ni kami dah bersiap-siap nak balik Malaysia...
halaman hotel merangkap parking space. besar dan luas, tau! tengok tu! bas kami pun boleh parking kat situ.
pemandangan kampung dari tingkat 7 hotel...
my room
since travel sorang sorang, jadinya anies diberi bilik tanpa berkongsi dengan sesiapa... yahoo! mulanya anies sangka akan menginap sebilik dengan Syu (partner yang duduk sebelah-menyebelah dalam bas). rupanya tidak ya tuan puan sekelian alam... BTW, tilam, bantal semuanya empuk... letak kepala je terus 💤💤
tempat sangkut baju, mini bar dan pintu sebelah kiri (foto) adalah bilik air...
singki... overall bersih, air pili pun laju. ada hot & cold shower, toiletries... semuanya lengkap.
jamban 😁
'meja solek' berserta hair dryer, tisu, air mineral etc...
boleh nampak pemandangan kawasan sekitar... Alhamdulillah air cond pun sejuk. since anies peminat drama Thai, sampai sini sempat laa layan lakorn (drama Thai) yang disiarkan walaupun tak ada subtitle... pandai-pandai laa agak apa jalan ceritanya😂😂
well, minta maaf laa ya anies tak tahu berapa harga semalaman kalau korang berhasrat nak menginap kat sini bila datang ke Hatyai nanti. korang boleh check booking.com or Agoda untuk dapatkan harga. hotel ni tak sediakan sarapan ya!
daripada ⭐⭐⭐⭐⭐ anies beri⭐⭐⭐.
well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
sambung BW macam biasa...
thanks for reading
daaa